|
SELECTED NEWS PAPER
REVIEW
|
| Below are articles published
by local news paper on Faraid Information System: |
|
|
| BERITA
HARIAN 21 OKT 1997
USM cipta
cara cepat bahagi harta
Oleh Rudy Sham Ab Raof
UNIVERSITI Sains Malaysia memperkenalkan
satu sistem baru yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Faraid Berkomputer
(SMFB) yang boleh mempercepatkan pengiraan melalui pembahagian harta pusaka.
Timbalan Dekan Pengajian Sains Komputer
USM, Prof Madya Dr Abdullah Embong, berkata dengan adaya sistem itu memudahkan
pibak dijabatan agama atau kadi di seluruh negara membuat pengiraan dengan
cepat dan tepat.
Menurut beliau, pihaknya sudah mengemukakan
sistem itu kepada pejabat Agama di seluruh negura dan masih menunggu laporan
terperinci mengenai perkembangannya.
“Jika ia bersesuaian, kami akan mengedarkannya
kepada pihak Pusat Islam untuk diteliti dengan lebih lanjut dan saya yakin
sistem itu akan diterima pakai oleh pejabat agama di seluruh negara,” kata
kepada Berita Harian ketika ditemui di Ekspo USM, di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC, Kuala Lumpur, semalan.
SMFB adalah kajian terbaru yang dijalankan
oleh tiga penyelidik USM iaitu Dr Abdullah, Prof Madya Dr Abdul Rahni Mat
Piah dan Prof Madya Dr Ahrnad Abdul Majid. SMFB ialab satu sistem prototaip
yang menggunakan pendekatan pangkalan data dan dijangka menjadi penyelesaian
kepada masalah pernbahagian harta yang dijalankan oleh kadi pada masa kini.
Sistem faraid yang dijalankan pada
masa ini agak lumbat dan ia memerlukan masa yang agak lama bagi semua
pihak mendapatkan harta peninggalan.
Menurut Dr Abdullah, sistem ini akan
memberikan pembahagian mengikut pecahan dan jika nilai dimasukkan dalam
data, ia akan menyediakan pecahan terhadap nilai sebenar harta. “Sistem
ini juga di jangka mampu menyelesaikan masalah berlapis berhubung pembabagian
harta dan SMFB juga mampu mengatasi pelbagai kesilapan,” katanya.
Beliau berkata, sebelum pihaknya
menjalankan memperkenalkan sistem ini, beberapa penyelidik mengadakan lawatan
di pejabat agama di seluruh negara untuk mendapatkan tindak balas daripada
mereka. “Ada pakar agama di negara ini meminta supaya sistem itu diperkenalkan
segera bagi memudahkan pihak pejabat agama mempercepatkan pengagihan
harta pusaka.
”Jika jabatan agama berstuju dengan
sistem itu, kami akan mengemukakan perkara ini kepada Pusat lslam untuk
dipertimbangkan,” katanya.
|
| BERITA
HARIAN 28 JULAI 1998
USM wujud sistem faraid berkomputer
GEORGETOWN, Isnin – Tiga pensyarah
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membangunkan satu sistem bagi membantu
masyarakat Islam menyelesaikan masalah pembahagian harta secara faraid
bagi ahll keluarga yang menlnggal dunla.
Ketua Penalong Pendaftar Perhubungan
Awam USM, Sharifah Munlrah Syed Mahamad, berkata slstem ltu, dlkenali sebagai
Sistem Maklumat Faraid Ber- komputer (SMF) dibangunkan oleh Prof Madya
Dr Abd Rahnf Mt Piah, Prof Madva Dr Ahmad Abd Majid dan Praf Madya Dr
Abdullah Embong.
”Dr Abdul Rahni dan Dr Ahmad bertugas
di Pusat Pengajian Salns Matematlk USM, manakala kala Dr Abdullah bertugas
dl Pusat Pengajian Sains Komputer,” katanya dalam satu kenyataan, dl sini
hari ini.
Dr Ahmad berkata, sistem SMI itu
mampu menyelesaikan masalah pembahagian harta, termasuk masalah salasilah
keluarga yang berlapis dengan cepat dan segera.
Menurutnya, sistem itu hanya mengambil
masa beberapa saat saja untuk memberltahu hasil pengiraan, berbanding sistem
konvensional yang mengambil masa agak panjang dsn perlu dikendalikan oleh
mereka yang arif delam bidang berkenaan.
“SMF juga mudah dikendalikan dan
penggunaanya cuma perlu mema- sukkan makkiumat waris, sementara sislem
ilu akan mcngira serta memaparkan pembahagian harta mengikut pecahan dan
perpuluhan,” katanya.
Beliau,berkata, sjstem itu akan terus
mengira jumlah sebenar yang layak dlterima oleh waris jika pengguna memasukkan
kan nilai sebenar harta milik si mati.
Katanya, sistem itu cuma memerlukan
cekera keras kurang daripada satu megabit dan boleh digunakan pada semua
komputer peribadi.
”Keputusan penglraan boleh dicetak
serta merta, di samping memaparkan makiumat mengenai sistem faraid dan
menyenaraikan waris yang berhak rnenerima harta sl mati,” katanya.
Dr Ahmad berkata, SMF dihasilkan
dengan bantuan pelajar tahun akhlr serta sekumpuian pakar rujuk, termasuk
ulama tempatan.
Katanya, sistem itu adalah sesuai
untuk kegunaan syarlkat Insurans, bank, Tabung Hajl, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) dan pejabat agama yang selama ini dlbebani dengan masalah
pembahagian harta.
“Sehingga kini, USM sudah mendapat
pelanggan pertama iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan sedia dipasarkan
melalui Pusat Inovasi dan Perundingan USM,” katanya
|
| BERITA
KAMPUS 11 OGOS 1998
Tiga pensyarah bentuk sistem atasi
masalah pembahagian harta
Oleh KHAIRUNNISA’ CHE’
MAY ARDANIA AYUB
TIGA pensyarah Universiti Sains Malaysia
(USM) berjaya membentuk satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat
Faraid Berkomputer (SMF) bagi membantu masyarakat Islam menyelesaikan masalah
pembahagian harta secara faraid bagi ahli keluarga yang meninggal dunia.
Dua pensyarah adalah dari Pusat Pengajian
Sains lMatematik iaitu Prof. Madya Abdul Rahni Mat Piah dan Prof. iMadya
Ahmad Abdul Majid . dan seorang lagi dari Pusat Pengajian Sains Komputer
(PPSK) iaitu Timhalan Dekan PPSK, Prof. Madya Abdullah Embong.
SMF ialah satu subsistem daripada
Sistem Maklumat Islam (SMIBP) yang disertakan di lebuh raya maklumat jaringan
rangkaian di Univeristi Sains Malaysia (USMNET).
Sistem itu memerlukan ruang cakera
keras (hard disk) yang kurang daripada satu megabit dan sistem pengeoperasian
DOS, serta bolch digunakan pada semua komputer peribadi.
Menurut Ahmad, sistern ini mengambil
rnasa selama empat tahun untuk dibangunkan dan mendapat hantuan dari pelajar
tahun akhir Sains Matematik serta pakar rujuk termasuk ulama tempatan.
Menurutnya lagi, sistem itu hanya
mengambil beberapa saat untuk memberitahu hasil pengiraan, berbanding sistem
pengiraan lama yang mengambil masa agak panjang dan perlu dikendalikan
oleh mereka yang arif dalam bidang berkenaan. ”Sistem ini mampu menyelesaikan
masalah pemhahagian harta termasuk masalah salasilah keluarga yang berlapis
dengan cepat mudah dan tepat.
”SMF juga mudah dikendalikan. dan
pengguna cuma perlu memasukkan maklumat waris dan sistem itu akan mengira
serta memaparkan pembahagian harta mengikut pecahan dan perpuluhan,” katanya.
Beliau berkata, sistem itu terus
mengira jumlah sebenar layak diterima oleh waris pengguna memasukkan nilai
sebenar harta milik si mati.
Mengulas kenyataan ini, Hakim Mahkamah
Tinggi Negeri P Pinang, Ustaz Haji Mohd Yusoff Che Teh berpendapat sisten
mampu menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh kadi contohnya masalah
Haul. Namun bagi menyelesai masalah yang lebih rumit seperti Audawiyah
dan Musharaqah. sistem ini perlu diselaraskan mengikut pengiraan rnasalah
yang dihadapi.
”Sistem ini bagus tetapi, diselaraskan
mengikut pengiraan masalah yang dihadapi. Ada sesetengah masalah sukar
dan mengamhil masa yang panjang untuk diselesaikan.
Jadi amat perlu satu si dihasilkan
bagi memudahkan proses pengiraan,” katanya ketika ditemui.
Abdullah Emhong berkata sehingga
kini USM sudah mendapat pelanggan pertama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
dan sedia dipasarkan melalui Inovasi dan Perundingan USM
|
| BERITA
HARIAN 11 NOV 1998
USM cipta sistem maklumat faraid
berkomputer
GEORGETOWN, Selasa – Pusat Pengajian
Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM) menempa sejarah apabila
berjaya mencipta kaedah pembahagian harta pusaka secara Islam lebih efisien
dinamakan Sistem Maklumat Faraid Berkomputer (SMFB). Melalui SMFB itu terbukti
herjaya menyelesaikan masaah faraid secara cepat dan tepat.
Kejayaan itu hasil usaha tiga pensyarah
diketuai Profesor Madya Ahmad Abd Majid serta Profesor Madya Abdul Rahni
Mat Piah daripada Pusat Pengajian Sains Matematik dan Profesor Madya Abdullah
Embong (Pusat Pengajian Sains Komputer).
Ahmad berkata, SMFB mempunyai pangkalan
data, mudah alih serta serasi dengan komputer peribadi yang boleh digunakan
pengguna dan institusi berkaitan dengan mudah.
Menurutnya, kajian awal membangunkan
sistem pengoperasian itu dimulakan pada 1995 dalam Projek Penyelidikan
Jangka Pendek USM, manakala program pembangunan sistem operasi ’Windows’
di mulakan pada awal tahun ini melalui geran jangka panjang Institut Penyelidikan
Dalam Bidang Keutamaan (IRPA).
“Walaupun ada usaha membangunkan
sistem faraid lain ternyata kaedah ini mempu- nyai kelebihan dan keistimewaannya
tersendiri,” katanya di sim, semalam. Sistem itu turut menyediakan bahagian
pembelajaran dan penyelesaian masalah faraid secara cekap dan pantas. Sebelum
ini pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pembahagian harta pusaka,
ter- masuk pegawai pentadbir pusaka di Pejabat Amanah Raya, Pentadbir Tanah
Daerah dan Pegawai Pembahagian Pusaka di Pejabat Tanah dan Mahkamah Tinggi
menyelesaikan proses faraid secara manual yang mengambil masa lama.
|
| BERITA
KAMPUS 30 NOV 1998
USM cipta Sistem Maklumat Faraid
Berkomputer
PUSAT Pengsjian Sains Matematik,
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta kaedah pembahagian harta
pusaka secara Islam menggunakan komputer yang dinamakan Sistem Maklumat
Faraid Berkomputer (SMFB).
Kejayaan itu adalah hasil usaha Prof.
Madya Ahmad Abd. Majid dan Prof. Madya Ahdul Rahni Mat Piah daripada Pusat
Pengajian Sains Maternatik serta Profesor Madya Abdullah Emhong daripada
Pusat Pengajian Sains Komputer.
Abdul Rahni berkata kajian awal memhangunkan
perisian itu hermula sejak I 995 dengan men gunakan clipper herdasarkan
platform dos dan ianya diubahsuai kepada sistem operasi windows yang menggunakan
tetikus mulai awal tahun ini.
Menurutnya, peruntukan pembangunan
sistem pengoperasian itu bernilai RM6000 melalui Projek Penyelidikan Jangka
Penrlck USM.
Pada awal tahun ini sisrem ini tertakluk
di bawah geran jangka panjang Institusi Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan.
SMFB mempunyai pangkalan data, mudah alih dan serasi dengan komputer peribadi
yang boleh digunakan oleh pengguna dan institusi berkaitan dengan mudah.
Abdul Rahni menjelaskan sistem ini menyelesaikan masalah faraid dengan
cekap dan pantas berbanding proses manual yang mengambil masa lama.
”SMFB menyelesaikan masalah pembahagian
harta dalam masa yang cepat. Prosesnya mengambil masa lebih kurang setengah
jam. Tempoh ini termasuk proses mencetak maklumat,” katanya.
Abdul Rahni berkata SMFB mempunyai
kelehihan dan keis- limewaarmya yang tersendiri selain ia mudah digunakan
sama ada oleh individu atau institusi yang memerlukan. Menurutnya penciptaan
SMFB tidak bermaksud unluk menyisihkan ulamak dalam hal-hal yang berkaitan
dengan pembahagian harta tetapi untuk membantu memudahkan kerja mereka.
Abd. Rahni memberitahu mereka telah
mendapatkan khidmat pakar Syuruk Syari’ dalam proses membangunkan sistem
itu. ”Malahan sekiranya ada masalah yang tidak boieh selesaikan, kami masih
merujuk kepada golongan yang pakar dalam hal ini seperti Kadi Besar Pulau
Pinang,” katanya.
SMFB dijual dalam bentuk cakera padat
(Compact Disk) (CD) dan disket. Harganya tertakluk kepada keperluan iaitu
sekitar RM3000 dan RM5000.
”Tempahan boleh dikemukakan melalui
Pusat Inovasi dan Perundingan. Pelangan akan dibimbing cara-cara pemasangan
sistem ini. Pusat ini turut menyediakan slot masa tertentu untuk perkhidmatan
bimbingan pemasangan SMFB kepada pelanggan,” katanya.
Setakat ini pelanggan SMFB ialah
jabatan dan badan yang berkaitan dcngan pembahagian harta seperti Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan.
|
| Berita
Harian 17 April 1999
USM pasarkan
perisian faraid
Oleh Syed Ismail Syed Abu
Bakar
GEORGETOWN, Jumaat – Pusat Pengajian
Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM) mula memasarkan perisian
Sistem Maklumat Faraid Berkomputernya (SMFB), pertama di negara ini, baru-baru
ini.
Penyelidik projek itu, Profesor Madya
Dr Ahmad Abd Majid, berkata pemasaran perisian berharga RM5,000 seunit
itu dibuat melalui Pusat Inovasi dan Perundingan USM.
”Perisian ini mempunyai pangkalan
data yang mudah alih serta serasi dengan komputer peribadi.
”Sistem ini hanya mengambil masa
beberapa saat sahaja untuk mendapatkan hasil pengiraan dalam pecahan berbanding
dengan sistem konvensional yang mengambil masa panjang serta memerlukan
mereka yang arif dalam bidang berkenaan,” katanya di sini, hari ini.
Dr Ahmad, berkata sistem itu adalah
mesra pengguna dan mereka yang tidak biasa menggunakan komputer memerlukan
masa yang begitu singkat untuk memahami cara menggunakannya.
Menurutnya, pengguna hanya perlu
memasukkan maklumat waris serta bilangannya dan komputer akan terus mengira
dan memaparkan pembahagian dalam bentuk pecahan dan boleh dicetak pada
bila-bila masa
diperlukan.
”Jika pengguna memasukkan harta simati
serta hutangnya, sistem ini akan terus mengira baki dan bahagian yang
akan diperolehi setiap ahli waris di samping pecahan asal,” katanya.
Sistem itu kini digunakan di Mahkamah
Syariah Pulau Pinang dan diperakui berkesan dan tepat dalam masa singkat,
berbanding kaedah konvensional yang berkemungkinan berlaku kesilapan.
Kejayaan itu juga dikongsi bersama
dua pensyarah lain, iaitu Prof Madya Abdul Rahni Mat Piah daripada Pusat
Pengajian Sains Matematik dan Prof Madya Abdullah Embong (Pusat Pengajian
Sains Komputer).
Kajian awal untuk membangunkan sistem
pengoperasian DOS sudah dimulakan pada 1995 dibawah Projek Penyelidikan
Jangka Pendek USM. Pembangunan sistem operasi Windows dimulakan pada awal
tahun ini di bawah geran jangka panjang USM. Dr Ahmad, berkata beberapa
agensi kerajaan dan swasta berminat untuk men patkan sistem itu termasuk
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kuala Lumpur, Pusat Pengajian dan Bahasa
Arab Johor Baharu selain perundingan pembelian sedang jalankan dengan Pejabat
Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Katanya, sistem ini boleh didapati
dalalam bentuk CD-Rom dan sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Pusat
Inovasi dan Perundingan USM, 11800 Minden, Pulau Pinang atau menerusi talian
04-860368 faksimili 04-6572210 atau e-mail majid@cs.usm.my.
|
| Berita
Harian 15 Januari 2002
USM plans to export software
Universiti Sains Malaysia aims to export its e-Faraid
software designed for handling the division of property and inheritance for
Muslims the electronic way. Vice-chancellor
Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak said that the software, designed along the
Shafie school of thought, was relevant to all Muslims. "It
is relevant to those involved in the business of inheritance like the syariah
courts, land offices, insurance companies, banks and financial institutions.
We hope it will be part of the larger national initiative for e-government and
e-syariah," he said, adding there was potential for export to countries
in the Asean region. The software,
designed by lecturers from USM's school of Computer Sciences and School of
Mathematical Sciences,had already been utilised by the Land and Mines
departments in the country since 1999. Dzulkifli
said this when announcing the national symposium on Faraid in the Era of
Information and Communications Technology (ICT) to be held in USM's Dewan
Budaya on Jan 25 and 26. The
symposium, open to potential users of the software, will be launched by Yang
di-Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas on Jan 25 and closed by Deputy Prime
Minister Datuk Seri Abdullah Badawi on Jan 26. School
of Mathematical Sciences deputy dean Associate Prof Dr Abd. Rahni Mt Piah said
the e-Faraid software, now available only in Bahasa Malaysia, would have a
global appeal once English was incorporated in it. "We
have already received enquiries from the Brunei Government," he said. The
symposium will feature four papers with the keynote address to be delivered by
Syariah Judiciary Department director-general Datuk Sheikh Ghazali Abdul
Rahman.
|
| Berita
Harian 10 April 2002
Sistem e-Faraid bahagi harta ikut syarak
GEORGETOWN, Rabu – Sistem e-Faraid yang dihasilkan tiga pensyarah
Universiti Sains Malaysia (USM) berupaya melaksanakan perkiraan bagi
pembahagian harta ahli keluarga dan waris mengikut tuntutan syarak.
Perisian berkenaan yang hampir siap
sepenuhnya yang mana bahagian pembahagian harta simati untuk kegunaan bukan
Islam juga akan dimasukkan.
Ketua penyelidik sistem itu, Prof Madya Dr
Ahmad Abdul Majid, berkata sistem untuk kegunaan orang bukan Islam itu
mengikut Akta Pembahagian (Akta 300), Seksyen 6 (Perwarisan kepada harta tidak
berwasiat).
Katanya, mengikut akta itu, orang bukan
Islam boleh mengira pembahagian harta seperti sistem e-Faraid. Bagaimanapun,
beliau berkata, tidak menjadi halangan bagi bukan Islam menggunakan sistem
yang sama seperti diamalkan orang Islam.
"Mereka (orang bukan Islam) boleh
merujuk dengan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mengenai sistem ini.
Tiada sebarang bayaran dikenakan kerana ia adalah sebahagian perkhidmatan
kementerian berkenaan,"katanya ketika ditemui selepas majlis
menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Sistem e-Faraid antara Usains
Holding Sdn Bhd (Usains) dan Usmart Service Centre (Usmart) di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Usains Holding Sdn
Bhd, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza, Pengarah Urusan Usains, Prof Gan
Ee Kiang dan Pengarah Usmart, Karena Yow Abdullah dan Prof Madya Dr Abdul
Rahni Mat Piah.
Seorang lagi pensyarah yang terbabit dalam
projek itu ialah Prof Madya Dr Abdullah Embong.
Pembangunan sistem berkenaan turut mendapat
kerjasama Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Yusof Che Teh.
MoU itu membolehkan Usmart menggunakan
sistem berkenaan untuk kegunaan pelanggan Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian.
Pada majlis itu, Karena menyerahkan cek
RM60,000 kepada Syed Aidid sebagai bayaran untuk menggunakan perisian itu
selama dua tahun.
Ahmad berkata, perisian itu dijual pada
harga RM5,000 seunit dan Usains akan melatih kakitangan mana-mana syarikat
atau jabatan yang membelinya.
|
| Berita
Harian 15 April 2002
e-Faraid bahagi harta
cepat, tepat Oleh Saufi Hamzah SEBUAH
perisian komputer baru hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia
(USM), berjaya dibangunkan dan kini sudah mula dipasarkan. Sistem
yang dikenali dengan e-Faraid itu adalah satu sistem pembahagian harta bagi
masyarakat Islam. Harta yang boleh dibahagikan adalah berbentuk wang atau
keluasan tanah. Sistem itu adalah
hasil penyelidikan tiga ahli akademik diketuai Prof Madya Dr Ahmad Abd Majid,
Prof Madya Abd Rahni Mat Piah dari Pusat Pengajian Sains Matematik dan Prof
Madya Abdullah Embong dari Pusat Pengajian Sains Komputer. Pembangunan
sistem itu mendapat kerjasama Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Yusof
Che Teh. Dr. Ahmad berkata, program
e-Faraid itu berfungsi membahagikan harta simati kepada waris mengikut formula
matematik yang dikenali sebagai algoritma matematik (mathematical algorithm). Buat
masa ini, pengiraan faraid menjadi lebih cepat dan tepat berbanding masa
dahulu yang mengambil masa berbulan, terutama masalah pelbagai tahap
(multilayer) yang membabtikan banyak keturunan. Projek
dimulakan pada 1995 itu dibiayai geran jangka pendek USM dan geran jangka
panjang (IRPA) Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Produk itu sudah
dipasarkan sejak tahun lalu menerusi Usains Holding Sdn Bhd dengan harga
RM5,000 termasuk pemasangan, latihan dan jaminan selama setahun. Produk
berkenaan juga pernah dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) anjuran
Kementerian Sains dan Alam Sekitar pada 2000 dan pameran Asian Technology Week
di Bandar Sri Begawan,Brunei pada tahun lalu. Perisian
itu sudah digunakan di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang turut
membabitkan semua pejabat tanah di seluruh negara, Majlis Agama Islam Perak;
Pusat Pengajian Bahasa Arab,Johor Bahru; Institut Sultan Ahmad Shah,Pahang;
Baitulmal Selangor; Amanah Iktiar Malaysia dan Mahkamah Syariah Pulau Pinang. "Selain
itu, kami juga sedang menyiapkan satu lagi sistem pembahagian harta kepada
masyarakat bukan Islam. Sistem ini akan digunakan Kementerian Tanah mulai
hujung tahun ini. Sistem yang sedang dibina ini adalah mengikut Akta
Pembahagian (Akta 300), Seksyen 6 (Perwarisan kepada harta tidak berwasiat).
Mengikut akta ini, masyarakat bukan Islam boleh mengira pembahagian harta dan
pembahagian harta akan dijalankan oleh sistem sepertimana juga sistem
e-Faraid," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman
(MoU) antara Usains Holding Sdn Bhd dan Usmart Service Centre di USM baru-baru
ini. Beliau berkata, mengikut akta itu
waris yang berhak menerima adalah suami/isteri, ibu/bapa, anak, adik beradik,
nenek/datuk, pakcik/makcik, moyang atau moyang saudara saja. "Diharapkan
apabila sistem ini siap nanti, pembahagian harta dapat disegerakan dan
kesilapan dapat dielakkan. Kita mengharapkan sistem ini dapat digunapakai di
Majlis Agama Islam Negeri, Lembaga Tabung Haji, KWSP, Amanah Raya, syarikat
insurans dan institusi pendidikan,"katanya. Katanya,
pada masa akan datang sistem itu akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan
juga bahasa Arab supaya dapat digunakan secara lebih meluas.
|
|